Murugiah diminta letak jawatan Senator, Timbalan Menteri - Semasa | mStar

Murugiah diminta letak jawatan Senator, Timbalan Menteri

KOTA BAHARU: Senator Datuk T. Murugiah diminta supaya meletakkan jawatan sebagai senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menyaman Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata sebagai senator yang dipilih melalui kuota PPP, Murugiah tidak sepatutnya menyaman parti itu dan sebagai seorang Timbalan Menteri, beliau tidak sepatutnya menyaman ROS yang merupakan agensi kerajaan.

"Sebagai seorang pemimpin, Murugiah harus menghornati kedudukannya di dalam kerajaan dan tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia bertentangan dengan semangat 1Malaysia," katanya ketika mengulas laporan media bahawa Murugiah mahu menyaman PPP dan ROS yang membatalkan keputusan mesyuarat agung luar biasa yang melantiknya sebagai "Presiden" PPP.

"Kenapa nak saman, kenapa tidak letak jawatan yang diberikan mengikut kuota parti?," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain