Mukhriz yakin BN menang besar di Bagan Pinang - Semasa | mStar

Mukhriz yakin BN menang besar di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan memberi kemenangan besar kepada BN.

Beliau berkata ini kerana bekas menteri besar Negeri Sembilan itu merupakan calon paling popular di Teluk Kemang dan Bagan Pinang yang akan menjanjikan sokongan daripada penduduk di kawasan berkenaan.

"Isa orang yang dihormati dan saya yakin beliau akan dapat sokongan undi yang hebat dan boleh harapkan kemenangan besar kali ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan Arab Saudi ke-79 di sini semalam.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 3 Okt ini manakala pengundian ditetapkan pada 11 Okt.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Malaysia kini dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan dengan negara-negara di Asia Barat terutamanya Arab Saudi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain