suria

Gempa bumi di Sumatera Selatan, gegaran dirasai di Semenanjung

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Sumatera Selatan iaitu kira-kira 162 km di Barat laut Bengkulu, Indonesia pada pukul 9.53 pagi ini.

Pusat gempa bumi itu terletak di 2.6 darjah Selatan dan 101.8 darjah Timur iaitu kira-kira 509km barat daya Johor Baharu menyebabkan gegaran dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Bekas Senator meninggal dunia

Artikel Lain