suria

Tawau dan 4 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Tawau di Sabah manakala Bintulu, Samarahan, Sibu dan Sri Aman di Sarawak mencatat bacaan kualiti udara tidak sihat hari ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan dalam laman web JAS hari ini menunjukkan bacaan IPU pada pukul 7 pagi di Tawau ialah 101 manakala Bintulu (106), Samarahan (111), Sibu (105) dan Sri Aman (104).

Kawasan yang mencatat IPU sederhana pula ialah Kota Tinggi (59), Pasir Gudang (51), Nilai (51), Balok Baru, Kuantan (55), Keningau (65), Kota Kinabalu (66), Sandakan (66), Kapit (87), Kuching (88), Limbang (64), Miri (93), Sarikei (98), Petaling Jaya (53) dan Labuan (89).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

7 Oktober hari perdamaian PAS-DAP?

Artikel Lain