suria

Mahkamah perintah 2 pengarah syarikat bayar denda

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan Azimuddin Abd Ghani dan Mohd Nor Abdul Raman, pengarah bagi kedua-dua Datuk Keramat Holdings Bhd dan George Town Holdings Bhd, membayar denda yang dikenakan oleh Bursa Securities.

Mahkamah juga pada 18 Sept telah memerintah mereka membayar kos perundangan yang terlibat, kata bursa saham itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Bursa Securities telah melaksanakan tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pengarah syarikat itu selepas mereka gagal membayar jumlah denda, masingmasing sebanyak RM388,750 dan RM215,500 yang dikenakan ke atas mereka kerana melanggar Syarat Penyenaraian.

"Bursa Securities ingin menekankan yang dalam usahanya mengekalkan pasaran yang adil dan terurus, ia komited untuk melaksanakan penguatkuasaan yang tegas dalam perkara yang melibatkan perlanggaran Syarat Penyenaraian dan akan mengambil tindakan undangundang yang sewajarnya," katanya. BERNAMA

Artikel Lain