suria

Ops Sikap:16 kematian dicatatkan pada hari ke-14

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-14 Ops Sikap semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya terus meningkat kepada 238 orang sejak operasi itu dimulakan dua minggu lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan 11 kematian dan diikuti lima pengguna kereta.

Daripada 1,021 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 423 kes, diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (184), lebuh raya (69) dan jalanjalan lain (50 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 9,664 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Ops Sikap ke-20 yang dilancarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di Muar Johor pada 12 Sept lepas dan berakhir hari ini membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut sepanjang sambutan Aidilfitri. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain