Selcat perlu contohi prosiding PAC - Semasa | mStar

Selcat perlu contohi prosiding PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

"Selcat boleh menjadikan prosiding PAC yang ditubuhkan di peringkat Parlimen yang turut dianggotai wakil parti pembangkang sebagai contoh di mana sebelum ini belum kedengaran manamana pihak yang dipanggil memberi keterangan di hadapannya dibuli, diperbodohkan atau diaibkan.

"Ini kerana rakyat akan sentiasa menilai kecekapan, keberkesanan dan keprihatinan badanbadan dan ahli panel yang dilantik sama ada mencerminkan sebuah kerajaan yang adil, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan amanah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin barubaru ini yang menuduh Selcat menimbulkan drama politik dan memalukannya dalam siasatan mengenai salah guna peruntukan kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum tahun lepas.

Dr Ma'amor berkata teguran anggota Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang meminta jawatankuasa tersebut disusun semula juga tidak membawa sebarang kejanggalan kerana Hassan hanya membela penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam.

"Jika penganiayaan sebegitu rupa terus berpanjangan, rakyat akan menilai kembali sokongan atau mandat yang diberikan kepada kerajaan sedia ada kerana rakyat adalah kunci jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang mentadbir itu," katanya.

Sementara itu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia meminta Selcat supaya tidak mengheret penjawat awam ke kancah politik dengan menyoal mereka secara terbuka mengenai wang peruntukan kerajaan negeri.

Presidennya Datuk Wan Mahmood Pawanteh berkata penjawat awam terutamanya Pegawai Daerah hanya melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ketika menggunakan wang yang disalurkan.

"Penjawat awam telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dengan memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira parti mana yang memimpin kerajaan negeri.

Katanya sekiranya penjawat awam perlu disoal ia hendak dilakukan secara tertutup atau menerusi penjelasan secara bertulis. Di YAN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata hubungan yang akrab serta berhemah di antara kepimpinan kerajaan negeri dan kakitangan awam dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam pentadbiran, seperti penyalahgunaan kuasa atau peruntukan kewangan.

Beliau berkata hubungan yang baik sangat penting kerana petugas awam merupakan wakil kerajaan yang berhubung secara langsung dengan rakyat.

"Keakraban hubungan ini harus diikat dengan kukuh dalam menjayakan tugastugas dan tanggungjawab kepada rakyat kerana ia dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan," katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Syawal dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri, di Guar Chempedak di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) aspek pengurusan kewangan sangat dititikberatkan dan setiap peruntukan digunakan dengan cara yang betul.

"BN juga ada jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk melihat bagaimana tugas dan tanggungjawab dilaksanakan bagi memastikan perjalanan pentadbiran berjalan dengan baik," katanya.

Di PUTRAJAYA, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata Selcat tidak seharusnya menjalankan 'perbicaraan' secara terbuka kerana peranan mereka tidak menyamai peranan mahkamah yang dilengkapi dengan hakim dan pendakwa untuk menjatuhkan hukuman kepada tertuduh.

"Selcat seperti cuba mengambil alih peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sematamata untuk kepentingan politik kerajaan negeri.

"Selcat bukan mahkamah yang mempunyai cukup kuasa. Penyiasatan yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai sedangkan belum pasti mereka bersalah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah di sini hari ini.

Katanya, adalah sangat tidak adil untuk Selcat bertindak memanggil para pegawai terlibat sedangkan tindakan seumpama itu telah dilaksanakan oleh SPRM yang sememangnya telah diberi mandat untuk mengambil keterangan dan menyiasat mereka yang berkaitan.

"Macam kerja dua kali..macam Selcat nak ambil alih tugas SPRM yang sepatutnya ambil tindakan kalau ada penyelewengan kuasa dan rasuah," katanya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain