suria

PKFZ: PKA saman Kuala Dimensi, BTA Architect RM920 juta

SHAH ALAM: Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng memfailkan dua saman berjumlah RM920 juta terhadap pemaju utama projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan BTA Architect kerana mempertikaikan jumlah wang yang dituntut dalam pengendalian projek mega itu.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, Lee memohon tuntutan kerugian yang disifatkan sebagai 'satu konspirasi'.

Beliau juga memohon untuk membatalkan semua projek pembangunan dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan 2006 November, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

PKA mahu semua perjanjian itu dibatalkan atau satu deklarasi dikeluarkan yang menyatakan bahawa Kuala Dimensi hanya berhak dibayar setimpal dengan “nilai yang munasabah kerja dengan betul dilaksanakan” dalam projek PKFZ.

Kuala Dimensi merupakan pemaju utama sementara BTA dilantik sebagai penasihat kepada projek PKFZ.

Sebaliknya, PKA juga memohon mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh Kuala Dimensi adalah batal dan tidak sah.

Dalam tuntutan tersebut, PKA juga menuntut bayaran kerosakan daripada BTA yang didakwa melakukan “penipuan dan cuai” dalam melaksanakan tugasnya sebagai penasihat dalam projek tersebut.

PKFZ, sebuah hub pengangkutan seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang mencetuskan kontroversi ekoran pendedahan kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.95bilion.

Firma Audit Price-waterhouseCoopers (PWC), yang dilantik oleh PKA bagi memantau projek PKFZ telah menganggarkan bahawa kos pelaksanaan projek itu meningkat kepada RM7.453 bilion termasuk faedah berbanding kos asal sebanyak RM1.957 bilion.

Tidak termasuk faedah, projek itu kini bernilai RM3.522 bilion

Sebelum ini, Lee berkata terdapat beberapa pihak telah membuat tuntutan yang tidak munsabaha berjumlah RM 1. 5 billon terhadap projek PKFZ.

Beliau mendakwa perkara tersebut berlaku kerana wujudnya konspirasi lima pihak, iaitu, Kuala Dimensi, melalui ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Tiong King Sing, pengurus besar PKA bekas Datin Paduka OC Phang, BTA ARCHITECT dan perunding untuk kerja-kerja pembangunan Bernard Tan Seng Swee.

Lee berkata butiran mengenai perkara tersebut telah disertakan dalam laporan polis yang dibuatnya pada 11 Ogos lalu.

Pada 18 September lalu, PKA memfailkan saman terhadap Kuala Dimensi kerana mempertikaikan pengiraan faedah yang dikenakan dalam soal berkaitan dengan pembelian tanah PKFZ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain