suria

Rumah terbuka Tun Dr Mahathir Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman beliau di Seri Kembangan, Sabtu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, majlis itu akan diadakan mulai pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 3 hingga 5 petang di kediamannya di 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan.

Dr Mahathir turut menyiarkan undangan itu di laman web Facebooknya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain