suria

Hakisan tanah pada 22 September kecil, kata Genting Malaysia

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd hari ini berkata hakisan tanah yang berlaku awal pagi di kilometer 3.3 jalan keluar dari Genting Highlands Resort pada 22 September lalu adalah kecil secara semulajadi.

Hakisan tanah itu tidak menjejaskan lalu lintas ke arah dan keluar dari pusat peranginan itu yang masih dibuka dan boleh dimasuki pada bilabila masa, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Perniagaan berjalan seperti biasa," kata Genting. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain