suria

Akibat cemburu, lelaki mati dalam pergaduhan

PULAU PINANG: Pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada seorang wanita yang menduakan teman lelakinya, menyebabkan seorang lelaki mati akibat dipukul dalam pergaduhan di Bayan Lepas, awal hari ini.

Dalam kejadian itu, Wan Ahmad Faizal Wan Abdul Rahman, 33, dan seorang rakannya diserang sekumpulan sepuluh lelaki menggunakan topi keledar berhampiran sebuah pusat membeli belah.

Penjual aiskrim yang cedera di kepala itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan mati pada pukul 9.20 pagi ini lebih tiga jam selepas diserang kumpulan lelaki terbabit.

Rakannya yang juga cedera di kepada dan badan, membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata lima lelaki ditahan antara pukul 8 pagi hingga 4 petang ini bagi membantu siasatan kes itu dan polis kini mencari rakan mereka yang lain.

Kejadian itu mungkin bermotifkan cemburu, katanya.

Lai berkata siasatan awal polis mendapati Wan Ahmad Faizal bergaduh dengan teman wanitanya kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan ia membawa kepada pergaduhan antara kumpulan mangsa dan satu lagi kumpulan lain yang diketuai lelaki itu pada kira-kira pukul 5.40 pagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain