suria

10 lelaki didakwa culik ahli perniagaan

JOHOR BAHARU: Sepuluh lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun.

G. Vishal, 23; Soon Yong Hwa, 18; R.S. Sharvin, 18; A. Aruniss Kumar, 23; G. Harvinther, 21; Richard Roy Saviriar, 24; T. Kaviarasu, 20; S. Jayakanthan, 26; K. Puvendran, 24; dan K. Vignesh, 26, didakwa menculik Foo Kwai Sang di rumah mangsa di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada 3.45 petang, 9 Sept lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Majistret Goh Wong Sing kemudiannya menetapkan 25 November sebagai tarikh sebutan kes.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Rasidah Abd. Radzaz manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain