suria

Rumah terbuka MB Johor di kampungnya Selasa ini

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di kampungnya di No.70, Jalan Raja, Sungai Mati, Muar, pada Selasa ini.

Rumah terbuka tersebut diadakan dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Sebelum ini, majlis rumah terbuka di kediaman rasminya tidak diadakan di sini hari ini seperti kebiasaannya kerana penularan wabak influenza A(H1N1).

Majlis rakyat menghadap Sultan sempena Aidilfitri di Istana Besar juga tidak diadakan atas sebab yang sama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain