Ong kecewa dengan bilangan kes kemalangan maut - Semasa | mStar

Ong kecewa dengan bilangan kes kemalangan maut

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat semalam melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan jumlah kemalangan maut yang dicatatkan pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, berbagai langkah yang diambil oleh kerajaan mampu mengurangkan bilangan kemalangan maut kepada purata 15 kematian sehari berbanding 18 tahun lepas.

Katanya, daripada kes kemalangan maut yang dilaporkan sepanjang musim perayaan, penunggang dan pembonceng motosikal masih mendahului senarai kes kematian.

"Angka kematian masih tidak begitu baik sekali dan kami mahu mengurangkan lagi bilangan kes maut ke tahap yang lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan Kabinet di Seri Perdana di sini semalam.

Ong berkata kementeriannya akan memantau bilangan kematian dan akan meneruskan usaha mendidik pengguna jalan raya mengenai aspek keselamatan.

Beliau diminta mengulas 93 kes kematian yang dicatatkan pada minggu pertama Ops Sikap yang bermula Ahad lalu.

"Kita perlu bandingkan jumlah kematian pada hari biasa iaitu 18 orang berbanding 15 kematian pada tempoh perayaan Aidilfitri di mana bilangan kenderaan di jalan raya adalah jauh lebih tinggi," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain