suria

Sebuah kereta remuk akibat dihempap cerun di Bukit Antarabangsa

Beginilah keadaan persekitaran kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Wangsa Height di Bukit Antarabangsa di mana berlakunya kejadian tanah runtuh semalam. - FotoBERNAMA
Beginilah keadaan persekitaran kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Wangsa Height di Bukit Antarabangsa di mana berlakunya kejadian tanah runtuh semalam. - FotoBERNAMA
Beginilah keadaan persekitaran kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Wangsa Height di Bukit Antarabangsa di mana berlakunya kejadian tanah runtuh semalam. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta remuk teruk apabila dihempap runtuhan tanah dari cerun dalam satu kejadian di Pangsapuri Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa, Ampang, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat yang mengakibatkan cerun berhampiran tempat letak kereta di kawasan kediaman terbabit runtuh.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada penghuni pada pukul 8.30 malam tadi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya sebuah kereta remuk teruk akibat dihempap batu cerun yang runtuh.

"Polis juga telah memaklumkan kejadian ini kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk membersihkan kawasan runtuhan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata perkara itu juga telah dirujuk kepada Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) supaya mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah itu.

"Siasatan awal dari IKRAM mendapati tebing cerun ini tidak berada pada tahap yang membimbangkan atau bahaya, bagaimanapun polis akan membuat pemantauan di kawasan kediaman itu," kata Amiruddin.

Katanya, pemantauan akan dibuat selama satu jam setiap hari bermula hari ini sehingga keadaan dijamin selamat.

Sementara itu, seorang penduduk J. Raymond, 46, berkata kejadian itu merupakan kali kedua berlaku.

"Kejadian pertama adalah pada Mei tahun lepas yang turut merosakkan sebuah kereta penduduk.

"Saya meminta supaya pihak MPAJ dan IKRAM segera mengambil tindakan agar perkara ini tidak berulang lagi," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada kematian baru jangkitan H1N1

Artikel Berikut

Artikel Lain