suria

Perompak gagal letupkan mesin ATM guna bahan letupan sendiri

KUALA LUMPUR: Mungkin kerana beranggapan bunyi letupan tidak akan menarik perhatian semasa kemeriahan Aidilfitri, tiga lelaki cuba merompak wang dalam sebuah mesin ATM menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Namun begitu, percubaan mereka di sebuah bank di Putra Heights, Puchong awal pagi ini menemui kegagalan.

"Saya tergamam dan cuba mencari dan memberkas mereka yang terbabit namun penglihatan saya terhalang kerana asap dan debu akibat letupan itu," kata seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Beliau terkejut dan takut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat itu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 pagi itu ketiga-tiga lelaki terbabit masuk ke dalam bank dan menyembur cat merah pada kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit sebelum cuba meletupkan mesin ATM.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin berkata bagaimanapun kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang segera mengaktifkan penggera keselamatan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai berumur 30an itu melarikan diri selepas terdengar bunyi penggera itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada kematian baru jangkitan H1N1

Artikel Berikut

Artikel Lain