suria

Tiga lelaki ditahan kerana terlibat dalam kes samun

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan kerana melakukan samun di sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, tiga lelaki berkenaan yang berumur 21 hingga 23 tahun telah memasuki rumah seorang wanita dan memaksa wanita terbabit menyerahkan barangbarang berharga miliknya termasuk sebuah komputer, dua buah telefon bimbit dan sebuah radio.

"Bertindak atas maklumat orang awam, ketigatiga mereka berjaya ditangkap kira-kira pukul 10 pagi tadi di sebuah rumah di kawasan berhampiran.

"Dalam serbuan ke atas rumah mereka, polis berjaya menemui semula barang milik wanita (mangsa) terbabit. Turut ditemui beberapa buah enjin motosikal yang dipercayai dicuri suspek," kata Abdul Rahim.

Kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berlainan, dua lelaki ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Duta Mas, Sentul di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.15 pagi itu, polis berjaya merampas 400.95 gram heroin, 110 biji eramin 5 dan 16.56 gram syabu dengan nilai keseluruhan mencecah RM28,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata polis turut merampas satu sealer, alat penimbang dan wang tunai RM2,867.

Kedua-dua suspek yang berumur 28 dan 31 tahun itu juga positif dadah dalam ujian air kencing.

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)a Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain