suria

Polis tahan empat suspek kes samun bank Hong Leong

SHAH ALAM: Polis menangkap empat orang yang disyaki terlibat dalam satu kejadian samun di Bank Hong Leong di Jalan Besar, Seri Kembangan semalam yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM180,000.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40an itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Melaka mulai kelmarin dan semalam.

"Kita juga berjaya merampas sejumlah wang dan barangan kemas yang dipercayai dibeli dengan menggunakan duit yang disamun dari bank itu. Polis masih lagi dalam gerakan mencari ahli kumpulan yang lain," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai jumlah wang yang dirampas itu.

Dalam kejadian rompakan kira-kira pukul 2.20 petang itu, dua daripada tiga suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh masuk ke dalam bank itu dan salah seorang daripadanya terus meluru ke kaunter juruwang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain