Polis rekod 41 kenyataan saksi kes pergaduhan kerabat diraja - Semasa | mStar

Polis rekod 41 kenyataan saksi kes pergaduhan kerabat diraja

PUTRAJAYA: Sebanyak 41 kenyataan telah direkodkan daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja di dua tempat di Kuala Lumpur pada 24 Oktober tahun lepas, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Beliau berkata perkara itu perlu dikaji dengan terperinci dan mendalam bagi membuat keputusan yang adil dan saksama sebelum mendakwa mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ianya selesai dilakukan," kata Abdul Gani dalam kenyataan di sini.

Kertas siasatan itu pertama kali diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Nov, 2008 dan selepas diteliti oleh para pegawai saya, ia dikembalikan kepada polis pada 1 Disember untuk siasatan lanjut.

"Ia telah diserahkan semula semalam, 16 September, 2009 kepada Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan kepada saya hari ini," kata Abdul Gani.

"Namun begitu, pada masa yang sama polis dan pegawai saya saling berhubung dan memberikan nasihat," katanya.

Katanya, pada masa yang sama beliau difahamkan terdapat cubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik antara kerabat diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak mendorong polis berhenti daripada menjalankan siasatan yang perlu berhubung mana-mana kesalahan jenayah yang mungkin telah berlaku dan Pejabat Peguam Negara "tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk memudahkan sebarang bentuk penyelesaian yang dilakukan secara peribadi".

Terdahulu pada sidang media di KUALA LUMPUR hari ini, kerabat Diraja Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendakwa walaupun beliau dicederakan dalam pergaduhan di sebuah kelab di ibu negara pada hari berkenaan namun kes itu masih belum selesai sehingga kini.

Apabila tiada sebarang perkembangan berhubung kes itu walaupun laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Tunku Nadzimuddin berkata beliau akhirnya terpaksa bersuara.

"Saya menjadi mangsa serangan bersenjata. Saya diserang dengan senjata api dan saya telah dipukul di kepala dan muka saya. Tulang hidung saya retak dan saya mengalami kecederaan serius yang lain," katanya.

Tunku Nadzimuddin berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu dan meminta agar polis segera menyiasat dengan adil bagi menyelesaikan kes berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis Kulim rampas mercun bernilai RM20,000

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut