suria

Soi Lek belum kemuka rayuan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipecat daripada MCA bulan lepas belum mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya itu, kata setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng.

Beliau berkata walaupun bekas timbalan presiden MCA itu diberi lebih daripada dua minggu untuk berbuat demikian yang tarikhnya berkahir hari ini, pihaknya belum menerima sebarang rayuan daripada Chua.

Chua dipecat pada 26 Ogos lalu kerana terbabit dalam skandal seks.

Mengenai mesyuarat agung luar bisa (EGM) MCA yang yang disebutsebut bakal diadakan pada 10 Okt ini, Wong berkata beliau akan mengumumkannya hari ini.

Pada EGM itu, penyokong Chua dijangka mengemukakan usul undi tidak percaya kepada presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan usul untuk menerima semula Chua. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain