MCA adakan EGM 10 Oktober - Semasa | mStar

MCA adakan EGM 10 Oktober

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt ini bagi menyelesaikan krisis yang melanda parti itu ekoran pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini hari ini, EGM itu akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang di sini pada 10 pagi.

Tarikh itu diputuskan selepas perbincangan mendalam daripada segenap sudut serta mengambil kira kepentingan parti dan anggotanya, katanya.

Wong berkata berikutan mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 14 Sept yang dihadiri oleh wakil pihak yang memegang kepentingan, keputusan sebulat suara dicapai bagi menghormati pandangan akar umbi supaya hanya satu EGM diadakan dan menggunakannya sebagai saluran demokratik bagi menyelesaikan perkara berkaitan parti.

Wong berkata beliau telah pun menghantar notis EGM kepada kesemua 2,377 perwakilan pusat parti sebelum 5 petang ini.

"Saya harap kesemua 2,377 perwakilan pusat akan menghadiri EGM itu dan membuat keputusan yang bijak demi masa depan parti," katanya.

Wong berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Negeri Sembilan pada 11 Okt juga merupakan faktor yang diambil kira semasa menetapkan 10 Okt sebagai tarikh EGM MCA.

Ditanya mengenai akibat jika salah satu atau kelima-lima resolusi yang dicadangkan oleh penyokong Dr Chua diluluskan dalam EGM itu, Wong berkata terserah kepada perwakilan pusat untuk membuat keputusan yang bijak.

Pada 26 Ogos, berdasarkan cadangan Jawatankuasa Disiplin MCA, Majlis Presiden parti itu mencapai keputusan bersama untuk memecat Dr Chua daripada parti kerana pembabitannya dalam skandal DVD seks.

Tempoh 14 hari untuk Dr Chua mengemukakan rayuan berakhir hari ini selepas beliau mengakui menerima notis pemecatan itu pada 2 Sept.

Wong, ketika dihubungi pada 5.30 petang ini, berkata Dr Chua tidak mengemukakan rayuan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Lima tahanan ISA dibebaskan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain