suria

Suspek bunuh wanita warga emas ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40an ditahan bagi membantu kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Blok 7, Desa Mentari, Petaling Jaya, tengah malam Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan ketika dihubungi mengesahkan suspek berkenaan yang merupakan saudara terdekat mangsa, ditahan di Kuala Ketil, Kedah tengah hari semalam.

Hasnan berkata pihaknya juga akan merakamkan percakapan cicit mangsa, M Saveetha, 6, buat kali kedua dengan bantuan pakar psikologi kanak-kanak.

"Jika keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak itu mempunyai maklumat yang memerlukan proses kawad cam dilakukan, kita akan jalankan proses itu," katanya.

Sabtu lepas, seorang warga emas, A kuppu, 73, bukan sahaja mati dibunuh malah turut dirompak membabitkan kerugian kirakira RM100,000 dalam kejadian dipercayai antara pukul 8 malam dan 9 malam hari berkenaan.BERNAMA

Artikel Lain