suria

Najib lancar pertukaran pegawai perkhidmatan awam-GLC

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Pertukaran Penempatan antara perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu program pertukaran antara kakitangan awam dan GLC.

Di bawah program ini, para peserta akan ditugaskan ke lokasi hos untuk tempoh dua tahun dengan satu tinjauan semula dibuat selepas dua tahun.

Seramai 47 peserta daripada kerajaan dan GLC terlibat dalam program ini.

Artikel Lain