suria

Dua sahabat didakwa edar dadah 16.6 gram

KOTA BHARU: Dua sahabat baik hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis methampethamine seberat 16.60 gram, Feb lepas.

Md Jami Zakaria, 46, dan Tuan Mohd Shahrizal Tuan Mohd Rahim, 28, dituduh melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Masjid Bandar Pasir Mas, pukul 1 petang, 17 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama, membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Md Jami merupakan seorang buruh manakala Tuan Mohd Shahrizal adalah peniaga dan keduaduanya berasal dari Pasir Mas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin kemudiannya menetapkan 12 Nov depan sebagai sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rehan Mohd Aris. BERNAMA

Artikel Lain