suria

Dua lelaki Iran ditahan, syabu bernilai RM200,000 dirampas

KUALA LUMPUR: Dua lelaki Iran dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan Jumaat lepas di sini berikutan penemuan dadah syabu bernilai kira-kira RM200,000 dalam sebuah beg yang dibawa mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata lapan paket plastik berisi dadah syabu seberat 900 gram itu dijumpai di dalam beg dalam kereta yang mereka naiki.

Keduadua suspek yang berusia 41 dan 37 tahun itu ditahan kirakira pukul 7.26 pagi semasa berada di dalam sebuah kereta sewa dipercayai sedang menunggu pembeli di Jalan Kuching, berhampiran susur keluar dari Hentian Putra di sini, katanya kepada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata saringan ujian air kencing yang dijalankan ke atas salah seorang daripada mereka didapati positif dadah methamphetamine, dan mereka yang ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat lepas akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kang berkata keduadua suspek yang didapati menyewa di sebuah unit kondominium di Damansara Utama berdasarkan penemuan kad akses kondominium pada mereka, dipercayai sebahagian daripada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang mempunyai rangkaian dari negara-negara jiran.

Beliau berkata keduadua suspek itu dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak sebulan lalu.

Polis percaya dadah yang dijual itu akan dipaketkan semula oleh pembeli dalam paket yang lebih kecil dengan anggaran berat lima gram setiap satu dan dijual semula pada harga RM1,800 ke RM2,000 satu paket di sekitar Lembah Klang terutama di kelabkelab malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain