suria

Perhimpunan Agung MIC lulus lapan resolusi

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung MIC pada Ahad antara lain mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan pinjaman melalui agensi atau institusi kewangan kepada masyarakat India supaya mereka berpeluang membeli amanah saham terbitan kerajaan.

Langkah ini akan melengkapi peruntukan kerajaan berjumlah 499.0 juta unit bagi Amanah Saham Malaysia kepada masyarakat itu.

Ia merupakan salah satu daripada lapan resolusi yang diluluskan oleh MIC di sini hari ini yang yang meliputi isu pendidikan, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Menyentuh isu pendidikan, MIC mahu kerajaan menyediakan peluang pendidikan pra-sekolah Tamil kepada lebih ramai kanak-kanak masyarakat India sekurang-kurangnya 80 peratus, berbanding pada masa kini yang hanya meliputi 17.5 peratus.

Selain itu, MIC juga mahu Kementerian Pelajaran menambah had pengambilan matapelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 10 pada masa ini kepada 11, dimana pelajar SPM aliran Sains boleh menduduki peperiksaan bahasa Tamil dan kesusasteraan Tamil.

Parti itu turut mengalu-alukan gagasan 1Malaysia yang memperjuangkan konsep "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan" serta polisi liberalisasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain