suria

Pengundian MIC berlangsung, perwakilan harapkan kejutan

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu semasa melakukan proses undian pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu semasa melakukan proses undian pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu semasa melakukan proses undian pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

KUALA LUMPUR: Gelanggang pemilihan MIC, yang dilihat sebagai paling hangat selepas pertandingan tahun 1987, kini dibuka untuk proses pengundian.

Proses pengundian bermula kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi dengan tumpuan sama ada Pasukan Presiden direstui Datuk Seri S. Samy Vellu akan mencatatkan kejayaan diharapkan.

Pengumuman dijangka diketahui selepas 6 petang.

Selepas kempen lebih dua minggu dan majlis jamuan makan malam anjuran Samy Vellu malam tadi, saingan bagi kesemua jawatan dikatakan masih sengit.

Sehingga tengah hari tadi sukar untuk dipastikan sipaya boleh menang khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Calon-calon bukan Pasukan Presiden juga bersandarkan pada kandungan ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi tadi sebagai daya tarikan terakhir.

Ucapan Najib disambut gemuruh oleh perwakilan-perwakilan yang menyebelahi calon bukan Pasukan Presiden.

Pemilihan hari ini melibatkan persaingan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Seramai 1,469 perwakilan layak mengundi kali ini.

Buat pertama kali, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan untuk menggunakan cap rasmi berteraskan ucapan Najib selepas dilantik sebagai Presiden Umno iaitu "Biar bersatu, yang menang tidak ambil semua, yang kalah tidak hilang semua".

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk P. Vijayanathan memberitahu, langkah penggunaan cap rasmi dibuat ekoran aduan bahawa kemungkinan wujud penyelewengan kertas undi.

"Perkara ini saya putuskan dua bulan lalu. Sebaik sahaja seorang perwakilan menerima kertas undi, cap rasmi akan diturunkan pada kertas undi," katanya.

Samy Vellu yang pertama mengundi hari ini.

Jawatan Timbalan Presiden disaingi oleh Datuk G. Palanivel, yang bertanding mempertahankan kedudukannya buat penggal kedua, Datuk S. Subramaniam dan Datuk S. Sothinathan.

Kerusi Naib Presiden pula ditandingi oleh Datuk C. Balakrishnan, Datuk V.K.K. Teagrajan, P. Subramaniam, P. Mariyaayi, Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany.

Dr. Subramaniam, Saravanan dan Devamany merupakan Ahli Parlimen dan menteri dan timbalan menteri.

Selain mereka, Palanivel juga merupakan calon Pasukan Presiden.

Pesaing kerusi CWC terdiri daripada 63 orang iaitu:

S. Anandan

P. Palaniyappan

Appala Naidu Raju

Datuk Dr K. Rajapathy

Dr T. Ramanayagam

R. Sundramoorthy

Datuk M. Devandran

T. Anandan

Simon Anthony

R. Anbalagan

S. Batumalai

Datuk P. Suppiah

Datuk S. Ganesan

Datuk VM Panjamoorthy

R. Anandan

P. Tangavelu

C. Selvarajah

Paramasivam

Datuk Randhir Singh

S. vasanthankumaran

P. Rajendaran

Datuk Muthu Palaniappan

M. Asojan

Datuk R. Ragavan

Ganesan Suppiah

Datuk Thangavelu

A. Ganesan

Mathu Marimuthu

C. Rajendran

K. Palanisamy

V. Mohan

R. Subramaniam

Datuk Ganesan Ratnam

S. Subramaniam

Dr Vasan

A. Vengadesvara Rao

P. Nyanasegaran

K. Fasil

S. Ganapathy

Vimala Nair

Datuk T. Rajagopalu

R. Rajasingam

Datuk G. Rajoo

Kajang Rani

G. Jayakumaran

X. A. Govindaraju

N. Ravichandran

P. Manivasagam

N Subramaniam

SS Rajagopal

R. Rajendran

M. Munusamy

Seran Nadarajan

R. Moorthy

Datuk V Saravanan

R. Krishnan

H. Rengasamy

K. Gopala Krishnan

KR Parthiban

Datuk Jaspal Singh

S. Murugesan

P. Tangavelu

TH Subramaniam

A. Sakthivel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain