suria

Pemilihan MIC: Undi dikira, keputusan dijangka selepas 8 malam

KUALA LUMPUR: Proses pengundian pemilihan MIC yang berlangsung lebih empat jam membabitkan 1,464 perwakilan berakhir kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

Proses pengiraan undi dijalankan di Bilik Pangkor, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Buat kali pertama calon dan ejen calon dibenarkan untuk memantau proses pengiraan undi.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk P. Vijayanathan.

"Sebanyak 28 peti undi telah digunakan untuk memasukkan kertas undi dan peti-peti undi sedang (pada pukul 4.20 petang) dibawa ke Bilik Pangkor," katanya.

Keputusan kemungkinan diketahui sekitar 8 malam berbanding 6 petang yang dijangkakan sebelum ini.

Jawatankuasa itu akan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk mengira semua undi.

Jika membabitkan pengiraan semula undi keputusan kemungkinan diumumkan lewat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain