suria

Dua ditahan kerana miliki syabu bernilai RM20,000

SEREMBAN: Polis menahan seorang wanita Thailand dan seorang lelaki kerana didapati memiliki dadah jenis syabu bernilai RM20,000 dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Senawang, Jumaat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri DSP Maidu Abu Bakar berkata dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, polis merampas satu paket plastik syabu seberat 50.0 gram.

"Dalam serbuan itu, polis turut menyita empat telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Perdana," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata lelaki yang merupakan pemandu teksi dan wanita yang masing-masing berumur 38 dan 19 tahun itu akan direman bagi siasatan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain