suria

Subramaniam nafi guna pengaruh luar dalam pemilihan MIC

KLANG: Calon Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan pengaruh luar untuk membantunya dalam pemilihan parti itu esok.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu pertemuan dengan 900 anggota MIC Klang di sini malam tadi, Subramaniam berkata beliau tidak boleh menyekat mana-mana pemimpin politik di luar MIC untuk membuat kenyataan yang memihak kepadanya.

Satu portal berita semalam memetik sebuah akhbar Tamil mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang antara lain memuji Subramaniam, dan ini mendorong Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu untuk membuat kenyataan bahawa Subramaniam telah hilang kewibawaan dan terpaksa mendapatkan bantuan orang di luar daripada MIC untuk membantunya.

Subramaniam berkata bahawa Samy Vellu akan meradang jika ada orang yang memuji beliau.

Katanya Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang sentiasa bercakap apa yang difikirkannya betul dan akhbar berkenaan sekadar menerbitkan kenyataannya.

"Saya tak ada kena mengena. Saya berterima kasih kepada beliau kerana bercakap sesuatu yang baik mengenai saya," katanya.

Dalam pemilihan itu, Subramaniam akan mencabar penyandang Datuk G.Palanivel. Seorang lagi calon ialah Datuk S.Sothinathan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain