suria

Polis berkas seorang lelaki dan seorang wanita, rampas dadah

Ketua Bahagian Narkotik Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata dalam serbuan pukul 11 malam itu, polis merampas 254 biji pil Erimin 5, 402 biji pil ecstasy, 19 paket dadah jenis Ketamin seberat 104.83 gram dan 1,000 kapsul kosong.

"Hasil soalsiasat ke atas lelaki berumur 39 tahun itu, polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah di Setapak Jaya pada pukul 7 pagi keesokannya," katanya pada sidang media di sini semalam.

Dalam serbuan itu polis menahan seorang wanita berumur 45 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di ibu negara dan menemui 30 biji pil Ecstasy padanya.

Polis turut menemui 211 kapsul pil ecstasy, 1,370 pil eramin 5 dan lima paket ketamin dengan anggaran berat 22.21 gram bernilai RM53,000 di rumah wanita itu.

"Kami turut merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM4,536," tambah Kang.

Kedua-dua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain