Murid tahun tiga maut dirempuh motosikal - Semasa | mStar

Murid tahun tiga maut dirempuh motosikal

KUALA LUMPUR: Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan St. Mary di sini maut selepas dirempuh sebuah motosikal sebelum dilanggar sebuah kereta di kilometer 15 Jalan KL-Rawang, dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu mangsa, Mun May Poh, 9, bersama ibunya hendak melintas jalan dari rumahnya di Prima Selayang ke laluan bertentangan tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa dipercayai melambung ke tengah laluan sebelum dilanggar sebuah kereta proton wira menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Keadaan masih awal dan gelap (samar-samar). Kita percaya penunggang motosikal itu tidak nampak mangsa sedang melintas jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata beliau percaya mangsa dan ibunya mengambil jalan mudah untuk melintas jalan ke hentian bas berdekatan dan tidak menggunakan jejantas yang disediakan kira-kira 80 meter dari tempat kejadian.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan menyebabkan kemalangan maut. BERNAMA

Artikel Sebelum

MIC: Undian Internet memihak barisan Presiden

Artikel Berikut

Murid tahun tiga maut dirempuh motosikal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain