suria

Jual 10 peratus ekuiti Sime Darby kepada China? Hanya spekulasi, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menafikan laporan bahawa Malaysia menawarkan ekuiti 10 peratus Sime Darby Berhad kepada China dengan menyifatkannya sebagai spekulasi media semata-mata.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, buat masa sekarang ia masih satu spekulasi dan pengumuman mengenainya akan dibuat jika ada sebarang keputusan kelak.

"Apabila ada keputusan dibuat nanti, kita akan membuat pengumuman," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini petang tadi.

Presiden Umno itu ditanya sama ada Malaysia ada membuat sebarang tawaran mengenai perkara itu kepada China baru-baru ini. "Buat masa sekarang ia hanya spekulasi semata-mata.

"Jangan membuat andaian mengenai keputusan yang kita buat, syarikat awam tidak membuat kenyataan terlebih dahulu atau hanya berdasarkan spekulasi," katanya.

Laporan portal berita baru-baru ini menyebut bahawa Najib ada membincangkan rancangan untuk menawarkan ekuiti 10 peratus kepada China pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Difahamkan idea itu mendapat sokongan kuat Kabinet.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain