suria

Dua lelaki dan seorang wanita ditahan tanam pokok ganja

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam kerana menanam tiga batang pokok ganja di sebuah rumah di Jalan Sungai Ujong, Taman Labu Jaya dekat sini awal pagi tadi.

Mereka juga memiliki satu keteluan ganja mampat seberat 22.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, DSP Maidu Abu Bakar berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis melakukan serbuan di rumah berkenaan kirakira 2 pagi serta menahan ketigatiga mereka yang berumur antara 30 dan 57 tahun.

"Hasil pemeriksaan susulan di kawasan lapang di hadapan rumah suspek pada pukul 10.40 pagi, polis turut menjumpai tiga pokok ganja. Kesemua pokok ganja yang ditanam dalam polibeg dan pasu itu dianggarkan berusia kira-kira enam bulan.

"Pokok-pokok itu dipercayai ditanam menggunakan benih ganja," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Maidu berkata polis sudah mengambil kesemua pokok ganja itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi dianalisis.

"Kita kini sedang mengenal pasti sama ada suspek menanamnya untuk kegunaan sendiri, dijual atau ada tujuan lain," katanya.

Beliau berkata ketigatiga mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain