suria

Suri rumah nyaris dikelar leher

KUANTAN: Seorang suri rumah yang sedang membersihkan halaman rumahnya nyaris dikelar lehernya sebelum rantai yang dipakainya direntap oleh dua lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Sungai Benggali Sungai Luit dekat Raub, pada Rabu.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 51 tahun tinggal seorang diri selepas suami dan anaknya keluar bekerja dan ke sekolah.

"Mangsa yang sedang membersihkan halaman rumah tiba-tiba melihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya sebelum dua lelaki menuju ke arahnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata salah seorang suspek meletakkan pisau di lehernya manakala seorang lagi merentap seutas rantai leher yang dipakai mangsa.

Noor Asyikin berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke bilik tidur dan menyelongkarnya sebelum melarikan barang kemas lain iaitu sebentuk cincin, tiga bentuk anting-anting dan loket milik mangsa yang kesemuanya bernilai RM2,000.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Polis kini telah mengesan cap jari suspek dan gerakan memburu mereka giat dijalankan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno adalah parti Islam, kata Najib

Artikel Berikut

Artikel Lain