suria

SPRM tahan dua lelaki kerana terima sogokan RM18,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) Pulau Pinang telah menahan dua lelaki berumur 25 dan 27 tahun pada Khamis lepas kerana menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.

Wang sogokan itu kononnya untuk diberikan kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes pengadu yang terlibat dalam kes curi kereta dan kereta yang bermasalah dengan pihak bank.

SPRM dalam satu kenyataan di sini berkata kedua-dua mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau sepuluh ribu ringgit mengikut manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno adalah parti Islam, kata Najib

Artikel Berikut

Artikel Lain