Polis tahan dua penganggur, rampas heroin RM68,000 - Semasa | mStar

Polis tahan dua penganggur, rampas heroin RM68,000

KOTA BAHARU: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin bernilai hampir RM68,000 dalam dua operasi berasingan di sekitar Kota Baharu, Selalu lalu iaitu rampasan terbesar dadah jenis itu dalam tempoh lima tahun di Kelantan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan, Pemangku Supt Md Azmi Othman berkata berdasarkan maklumat awam, polis menahan kenderaan seorang lelaki, berusia 47 tahun, di kawasan Peringat, dekat sini dan merampas dadah jenis heroin bernilai RM65,000 pukul 7.10 pagi Selasa lepas.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 130 lot heroin yang setiap satu lot dianggarkan seberat 3.3 gram di tempat duduk belakang kenderaan suspek dan 0.3 gram syabu dijumpai dalam jaket suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek yang merupakan seorang penganggur positif dadah jenis metamphetamine," kata Md Azmi.

Md Azmi berkata, pihaknya percaya dadah itu dibawa masuk dari negara jiran untuk edaran tempatan dengan harga pasaran RM500 bagi setiap satu lot.

"Lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau, direman bermula dari tarikh tangkap dan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya.

Pada hari yang sama, polis melakukan serbuan kirakira pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Badang, di sini dan menahan seorang lelaki berumur 28 tahun.

"Polis menemui lima lot dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM2,500 di rumah penganggur berkenaan. lelaki itu direman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dengan sebatan jika didapati bersalah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis tumpas geng curi pendingin hawa

Artikel Berkaitan

default image

Rumah terbuka Tun Dr Mahathir Sabtu ini

default image

Tubuh badan penapisan darjah kebesaran

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor