Polis siasat bom tangan diseludup masuk dari negara jiran - Semasa | mStar

Polis siasat bom tangan diseludup masuk dari negara jiran

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kemungkinan bom tangan yang dirampas di sebuah pangsapuri mewah di Kota Damansara di sini semalam diseludup masuk dripada negara jiran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat bagaimana bom itu di bawa masuk dan apa tujuannya.

"Kita tidak menolak kemungkinan suspek memperolehi bom itu dari negara jiran yang mana berdasarkan rekod, suspek kerap ke luar negara.

"Selain itu, siasatan juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau tetapi mempunyai rekod membabitkan kes gaduh," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Bom tangan itu ditemui dalam serbuan tengah hari di rumah seorang lelaki di D'shire Villa selepas polis mendapat laporan daripada bapa suspek berumur 61 tahun yang mendakwa telah diugut bunuh oleh anaknya dengan pistol.

Bagaimanapun tiada sebarang senjata api ditemui, sebaliknya polis menemui bom tangan terbabit dalam bilik tidur suspek. Arjunaidi berkata suspek ditahan reman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Bapa suspek yang juga merupakan pesara kerajaan memberitahu polis bahawa anaknya itu mengalami sakit mental.

"Bagi mengesahkan perkara ini, suspek akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam masa terdekat," kata Arjunaidi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain