suria

Kempen desak Jeff Ooi letak jawatan dilancar

PULAU PINANG: Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Wakil Forum Md Roslan Hashim berkata kempen Forum itu disokong oleh 30 pertubuhan bukan kerajaan Islam id negeri itu.

Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan

"Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.

Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak.

"Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain