suria

Dua lelaki larikan barang kemas RM20,000 dalam rompakan

KANGAR: Dua lelaki bertopeng dan bertopi keledar melarikan barang kemas bernilai kirakira RM20,000 dalam satu rompakan kedai emas di Persiaran Jubli Emas di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah berkata kejadian berlaku pada kirakira pukul 11.40 pagi apabila dua lelaki bertopeng itu menyerbu ke dalam kedai berkenaan dan terus memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul.

Beliau berkata lelaki itu kemudiannya mengaut kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan barang kemas yang terdapat di kedai itu dalam tempoh sekitar tiga minit.

Katanya kedua perompak itu kemudiannya melarikan diri dengan dua motosikal yang diletakkan di hadapan premis itu, dan menurutnya semasa kejadian hanya pemilik kedai itu dan seorang pekerjanya berada dalam kedai itu.

Yusof berkata kedai emas itu didapati tidak mempunyai pengawal keselamatan mahupun kamera litar tertutup (CCTV). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain