suria

Perarakan haram: 16 ditahan dibebas dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR: Polis hari ini membebaskan kesemua 16 orang termasuk tiga wanita yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perarakan haram dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata kesemua mereka dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkod.

"Siasatan masih lagi dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam Bernama melaporkan mereka yang ditahan itu dipercayai daripada sebuah pertubuhan haram yang berkumpul pada pukul 7.45 malam sebelum berarak dengan membawa lilin kuning dan bunga ros merah dan putih.

Polis mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal keadaan dan menyurai perarakan haram itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain