Isu kuil sepatutnya diselesai lebih awal - Abdullah - Semasa | mStar

Isu kuil sepatutnya diselesai lebih awal - Abdullah

KEPALA BATAS: Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyelesaikan isu pemindahan kuil di negeri itu lebih awal bagi mengelak daripada berlakunya ketegangan kaum.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan negeri Selangor perlu tahu bahawa kelewatan mengambil tindakan menyelesaikan isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam, boleh menimbulkan kekecohan.

"Saya baca dalam surat khabar, kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar akan memilih satu tempat lain yang diterima baik untuk bina kuil.

"Sepatutnya tindakan seperti ini dibuat awal lagi. Jangan tunggutunggu, kalau tunggutunggu jadilah macammacam yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan dermasiswa dan hamper Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan menggunakan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu itu di Seksyen 23.

Abdullah berkata perkara yang berlaku itu telah tersebar dan ia menggambarkan bahawa hubungan antara kaum di negara ini tidak baik serta terdapat masalah berkaitan isu agama.

Beliau berkata isu berkaitan agama seharusnya diselesaikan dengan baik kerana kebiasaannya ia menimbulkan reaksi yang keras antara pihak terlibat sehingga boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dalam masyarakat.

Katanya pihak terlibat sepatutnya menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati dan bukan dengan mengadakan demonstrasi dan tindakan menghina agama lain yang akan merumitkan lagi keadaan. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan