suria

DUN Bagan Pinang: Pemuda Umno bersiap sedia

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO sudah mula membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

"Kawasan Bagan Pinang adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti yang selesa," katanya kepada pemberita selepas majlis iftar pergerakan itu di masjid Universiti Malaysia Sabah di sini semalam.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohd Nor kelmarin di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 55, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain