suria

Perompak larikan RM350,000, 2 pengurup wang ditembak

SHAH ALAM: Empat lelaki yang menaiki dua motosikal melarikan sebuah beg berisi pelbagai mata wang asing bernilai RM350,000 dari sebuah kenderaan pengurup wang yang bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Persiaran Kayangan di sini, kirakira pukul 1.15 tengah hari semalam.

Dalam kejadian itu, dua pembonceng motosikal terbabit melepaskan empat das tembakan menyebabkan pemandu kenderaan dan penumpang di sebelahnya cedera di bahu kanan dan betis kiri manakala dua lagi penumpang yang duduk di belakang cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin berkata keempatempat kakitangan pengurup wang itu sedang dalam perjalanan dari Jalan Masjid India, Kuala Lumpur untuk menghantar wang ke beberapa cawangan syarikat pengurup wang itu di sini.

"Semasa tiba di tempat kejadian, tibatiba datang dua buah motosikal di sebelah kiri dan kanan kenderaan itu dan dua pembonceng telah melepaskan tembakan menyebabkan pemandu kenderaan itu cedera di bahu kanan manakala penumpang di sebelahnya cedera di betis kiri.

"Dua penumpang di tempat duduk belakang bagaimanapun hanya cedera ringan terkena serpihan kaca daripada cermin yang pecah akibat tembakan itu. Kesemua suspek yang memakai helmet "full face" kemudian bertindak melarikan sebuah beg baju berisi wang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Khaw berkata keduadua mangsa yang berumur 30an dan 40an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat kemungkinan suspek telah mengikuti kenderaan mangsa sejak mereka bertolak dari Masjid India, Kuala Lumpur.

"Kita juga meminta saksi yang melihat kejadian itu atau mengenalpasti nombor pendaftaran motosikal kesemua suspek untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Khaw berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan samun bersenjata. BERNAMA

Artikel Lain