suria

Khidmat Musa Hassan dilanjut kerana rekod cemerlang - Muhyiddin

HULU TERENGGANU: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membantu menjalankan tugas dalam menjaga soal keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Musa telah menunjukkan rekod yang cemerlang sebelum ini dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara.

"Di atas dasar itu kita harap beliau jalankan tugas dengan cemerlang untuk terus membantu negara dalam menjaga soal keselamatan dalam negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu, di Kuala Berang di sini semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam semalam mengumumkan kontrak Musa dilanjut setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

37 warga asing ditahan di Kg Ladang

Artikel Lain