suria

Kakitangan kerajaan ditahan kerana terlibat rasuah

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang kakitangan kerajaan kerana disyaki terlibat meminta rasuah bagi menyelesaikan kes kereta curi.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Latifah Md Yatim berkata ketigatiga lelaki terbabit meminta wang sebanyak RM18,000 daripada pengadu yang menjalankan perniagaan kereta curi.

"SPRM menahan suspek ketika sedang berurusan di sebuah restoran di Seberang Jaya pada pukul 9 malam semalam, kita mendapat maklumat daripada pengadu sendiri," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan.

"Mereka masih lagi ditahan SPRM untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu Latifah berkata sehingga semalam, SPRM membuat 38 tangkapan, peningkatan berbanding sepanjang tahun lepas iaitu 23 tangkapan.

"Peningkatan jumlah tangkapan ini menunjukkan telah wujud kesedaran di kalangan masyarakat mengenai rasuah, SPRM mengalualukan aduan daripada orang ramai" katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

37 warga asing ditahan di Kg Ladang

Artikel Lain