suria

Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia sedia runding selesai isu kuil di Shah Alam

PETALING JAYA: Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia berkata hari ini mereka sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan apa jua isu yang timbul berkaitan dengan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

“Biarlah isu ini diselesaikan menerusi rundingan. Pada masa yang sama kami mengharapkan Perdana Menteri memberi masa untuk bertemu dengan kami untuk menyelesaikan masalah yang berusia 25 tahun itu. Kuil di Seksyen 19 itu telahpun berusia 150 tahun,” kata Presidennya RS Mohan Shan dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, Hindu Sangam Malaysia turut mengalu-alukan saranan Sultan Selangor agar Menteri Besar Selangor segera menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami menaruh sepenuh keyakinan kepada Tuanku yang ingin melihat keadilan ditegakkan untuk semua rakyat Selangor dan memandangkan isu ini adalah isu Selangor, Menteri Besar wajar mengadakan pertemuan segera dengan kami dan juga pihak pentadbir kuil yang terlibat,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain