suria

Penghantar surat dihukum penjara tiga tahun kerana menyamun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang penghantar surat yang didapati bersalah menyamun barang kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Ipoh kira-kira setahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhi hukuman itu selepas Muhammad Khasali Hamsa, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan memerintahkan supaya tempoh penjara bermula dari hari pemuda itu ditangkap pada 18 Julai tahun lepas.

Muhammad Khasali didakwa menyamun Kedai Emas Meng Hin di The Store Supermarket di Jalan Ipoh Sentul di sini pada pukul 3.30 tengahari, 13 Julai tahun lepas bersama dua orang lagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain