suria

Mayat lelaki ditemui dalam kereta

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta jenis Hyundai berhampiran pusat membeli belah Plaza Ampangan di Jalan Ampangan di sini pukul 5 petang semalam.

Jurucakap polis berkata Abdul Rahman Mohd Yunus, 52, yang berasal dari Taman Chengal Utama 6, Paroi, dipercayai mati kira-kira 24 jam sebelum mayat ditemui di kawasan itu.

Beliau berkata terdapat kesan muntah serta najis pada keseluruhan pakaian lelaki itu. "Polis sedang menyiasat sekiranya kejadian itu membabitkan unsur jenayah, kunci kereta itu tidak ditemui sehingga kini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata polis kemudiannya pergi ke alamat rumah lelaki, namun rumah berkenaan didapati kosong, dan dipercayai sudah lama ditinggalkan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain