suria

Konsert Michael Learns To Rock: Jamil Khir tegur penganjuran pada bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini menegur penganjur konsert Micheal Learns to Rock kerana menganjurkan konsert itu pada bulan Ramadan.

Beliau berkata tindakan penganjur meneruskan konsert itu Sabtu ini di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sewajarnya mereka peka apabila di bulan Ramadan yang mulia lagi suci ini umat Islam menjalani ibadah puasa pada waktu siangnya dan ibadah terawih dan tadarus pada malamnya," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jamil Khir berkata, teguran beliau itu harus dilihat selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain